Wednesday, 4 May 2011

tanda2 kekasih anda CURANG!!

hey,,hey...x ske betol klo owg yg kite percye tetibe curang an!!!!
mmg sah da x syg nyawa!!!
haha...:DD

Ok, cuba perhatikan pasangan kamu hari ni samada masih setia atau tidak!

Setia: Pasanganmu sudi kenalkan kamu dengan rangkaian sahabatnya. Kalau ada open house officemate dia, dia mesti bawa kamu bersama.
Curang: Dia menyorokkan perhubungan denganmu dari sesiapa pun yg dikenalinya (takut rahsianya terbongkar)

Setia: Sentiasa sabar dengan karenah kamu, walau sebesar mana kesilapan atau sekerap manapun kesalahan yang kamu lakukan, dia tetap boleh cool/chill beb!
Curang: Menjadi panas baran tiba-tiba dan sentiasa saja mencari silap kamu dan memarahi tak tentu hala walaupun kesalahan kecil. Siap boleh ungkit semua kisah silam kamu atau hina keluarga kamu.

Setia: Waktu itu sering mencemburui kita, kata si dia. Kalau boleh, I nak ikut you balik rumah.
Curang: Selalu glance jam tangan bila dengan kamu. (Nak balik cepat sebab kekasih gelapnya sedang menunggu dilayan. Nak chat/email/sms/call/dating dengan buah hati spare ni). Lepas kamu balik rumah, dia siap pesan kat kamu jangan merayap pergi mana2 lagi, duk rumah je (Actually, dia takut terserempak dengan kamu bila dia keluar bersama kekasih gelapnya)

Setia: Pantang ada masa terluang, si dia ni rajin je nak lihat wajahmu yang tak berkelip matanya memandang ni.
Curang: Aduh, sakit perut, sakit buah pinggang, sakit belakang! Tiba-tiba pasangan kamu ni diserang banyak pulak penyakit. Ada-ada saja alasan diberi untuk mengelak bertemu kamu.

Setia: Standard lah pasangan bercinta, kalau bil telefon mencecah puluhan ringgit akibat bergayut/sms. Kalau top-up prepaid tu, kad gores tu boleh penuh album. Ada saja yg nak diberitakan pada kamu.
Curang: Tidak lagi rajin menelefon kamu dan mesej dengan kamu. Bosanla tuh...Kalau phone atau sms pun, sebab nak maki kamu jer.

Setia: Asyik je pandang kamu, sengih sendiri, goyang2 kaki (tanda gembira bagi sesetengah orang), curi-curi pandang kamu (bagi yang control cun/handsome). Pokoknya, bila ketemu kamu, hatinya berbunga ceria!
Curang: Berpura-pura penyu gembira ketika bersama kamu tetapi riak wajahnya jelas menunjukkan dia kurang senang bersama kamu.

Setia: Sekecik semut pun khidmat kamu pada dia, dia ucapkan terima kasih. Dia tersenyum gembira walaupun kamu hanya senyum kambing padanya.
Curang: Tidak menghargai apa yg kamu lakukan terhadap dia. Contoh paling mudah macam ni lah. Kamu sanggup tunggu dia 2 jam semata-mata nak keluar dating ni. Bila dia sampai, lansung tak rasa bersalah. Dahtu, siap marah kamu pulak. Katanya, kamu yang datang awal. Padahal dia yg lewat 2 jam dari waktu yang dah kamu ber2 setujui pada awalnya. Geram betul!

Setia: Kamu hanya berkemeja lusuh, berselipar Malaysia dan muka tak berbedak pun, dia tetap menghargai kamu. Kentut busuk pun tetap wangi baginya. Tapi janganlah selalu, nanti orang sekitar kamu blame pasangan kamu takde taste pulak.
Curang: Suka membandingkan diri kamu dengan orang lain. Selalunya dia akan compare kamu dengan orang yang kamu tak suka. Contoh terdekat, xcouple dia dulu, housemate atau adik beradik kamu.

Setia: Sikapnya berubah al-sebab yang munasarawak. Boleh diterimala sikapnya tuh.
Curang: Sikapnya sering berubah ubah tanpa sebab. Macam air laut ada pasang-surut. Sekejap sawan cara era, sekejap safe mode, sekejap kena virus komputer, lepas tu normal balik suhu badan. Kalau macam ni selalu, baik kamu cari puncanya. Ntah2 pasangan kamu ni ada penyakit gila pulak. Siapa tahu kan?

Ok, diharap tips2 ni boleh jadi panduan untuk setiap pasangan bercinta. Mana2 yang kita dah tinggalkan waktu awal2 perkenalan dulu, bolehlah refresh balik. Moga2 pasangan kita tak fikir kita curang dan sentiasa komited dengan hubungan yang dijalin.

hehe,,,:DD
kay..bye..
assalammualaikum..:DDD

No comments:

Post a Comment